Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perodua Perkenal Prototaip Kenderaan Elektrik, eMO-II Gabung Ciri Estetik Abad Ke-21

Perodua telah memperkenalkan kereta konsep eMO-II yang dikatakan sebagai “satu evolusi kepada prototaip kenderaan elektrik bateri” mereka dan memberi petunjuk kepada model produksi yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan, di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menyatakan bahawa projek EV ini dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.

Perodua perkenal prototaip EV eMO-11

Foto: Harian Metro

“Prototaip ini adalah satu kesinambungan kepada perjalanan EV kami sambil kami terus membina teknologi ini daripada mula. eMO-II telah dipertingkat daripada model sebelumnya pada aspek penggayaan dan ciri, dan sekarang ia nampak lebih lengkap sambil kami merencana perjalanan EV masa hadapan kami,” katanya.

Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.

Bukan itu sahaja, eMO-II telah ditambahbaik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan bersedia menuju masa depan EV Perodua.

Perodua eMO-II concept – full-size show car previews first EV, 0-100 km/h 6-7 secs, up to 410 km range - paultan.org

Foto: PaulTan

Model ini dibangunkan menggunakan casis baharu dengan jarak perbatuan sekitar 400 hingga 410 kilometer (km), manakala pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6 hingga 7 saat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Zainal Abidin, model pengeluaran BEV ini dijangka berharga antara RM50,000 hingga RM90,000, dan tidak mebihi RM90,000.

Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.

Perodua eMO-II Concept 1 - Paul Tan's Automotive News

Foto: PaulTan

Tambah beliau, pihaknya dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik, sekali gus berjaya memenuhi garis masa yang ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, Perodua juga bekerjasama dengan beberapa organisasi korporat tempatan untuk memastikan pelanggannya mendapat akses mobiliti yang lebih baik.

BERNAMA - Perodua Set To Produce 500 Units Of EMO-II Monthly, Aims For Cheapest EV

Foto: Bernama

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kerana menyokong projek ini, seterusnya menyokong ekosistem automotif negara dalam meneroka dunia EV.

Selain daripada eMO-II, Perodua turut mempamerkan kereta konsep Ativa Fuze serta perjalanan Perodua selama 30 tahun di KLIMS 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Lizam Ridzuan)

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Spotlight

Penyanyi IU mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih 180 individu tidak mengira usia yang terlibat dalam buli siber. Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh agensinya,...

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd