Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN, My Digital ID Jalin Kerjasama Perkukuh Transformasi Digital myPTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn. Bhd. bagi mengintegrasikan identiti digital MyDigital ID ke dalam aplikasi myPTPTN.

Perkukuh transformasi digital myPTPTN

PTPTN dan My Digital ID dalam satu kenyataan bersama berkata, kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh kecekapan sistem serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengakses pelbagai perkhidmatan PTPTN secara dalam talian.

myPTPTN

Pertukaran MoU antara Ahmad Dasuki (dua dari kiri) dan Nik Hisham (dua dari kanan) dengan disaksikan oleh Norliza (tengah).

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, kerjasama ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh agenda pendigitalan PTPTN, selaras dengan Teras Ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021–2025, iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui transformasi digital.

“Sehingga 15 Oktober 2025, lebih 2.8 juta pengguna telah menggunakan aplikasi myPTPTN bagi pelbagai urusan termasuk permohonan pinjaman, semakan baki, pembayaran balik serta pembukaan dan penambahan deposit akaun Simpan SSPN.
“Dengan kemajuan ini, kami yakin PTPTN akan terus menjadi organisasi yang lebih efisien dan mesra pelanggan. Transformasi ini memberi manfaat besar kepada masyarakat kerana mereka boleh berurusan secara mudah, cepat dan selamat dari mana-mana lokasi,” katanya.

Majlis menandatangani MoU tersebut dijayakan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif My Digital ID Sdn. Bhd., Nik Hisham Nik Ibrahim sambil disaksikan oleh Norliza di berlangsung di Menara PTPTN, Kuala Lumpur pada Selasa.

myPTPTN

Majlis menandatangani MoU dimeterai oleh Ahmad Dasuki (dua dari kiri) dan Nik Hisham (dua dari kanan) dengan disaksikan oleh Norliza Abdul Rahim (tengah).

Sementara itu, Nik Hisham menegaskan bahawa kerjasama ini bukan sahaja menyokong aspirasi kerajaan melalui Dasar Identiti Digital Nasional (NDID) dan Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), malah memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap transaksi digital dalam sektor pendidikan.

“Usaha seperti ini meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan inovasi dalam ekosistem pendidikan negara serta membantu mempercepatkan kemajuan ekonomi digital Malaysia,” ujarnya.

MoU ini menandakan komitmen berterusan PTPTN untuk menjadi organisasi digital progresif dan mesra pelanggan, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam serta pembangunan ekonomi digital negara.

Artikel lain: PTPTN Perkukuh Program Anak Emas, Lonjak Budaya Menabung Demi Pendidikan Generasi Baharu

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif My Digital ID Sdn. Bhd., Ir. Ts. Azrin Aris selain pengurusan kanan kedua-dua organisasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi myPTPTN, orang ramai boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau memuat turun aplikasi myPTPTN bagi mendapatkan notifikasi serta perkhidmatan PTPTN pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd