Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penyamun Terajang Nenek Demi Gelang Emas Padahal Tiruan – “Dia Beri Salam, Minta Air”

Seorang warga emas, Rabiah Mat, 78, mengalami kecederaan di kepala dan tangan selepas disamun seorang lelaki tidak dikenali di kediamannya di Taman Temerloh Jaya semalam.

Nenek diragut selepas beri air

Menurut laporan Berita Harian, Rabiah berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang ketika dia berada seorang diri di rumah. Lelaki itu dikatakan berpura-pura meminta air sebelum bertindak menyerangnya.

nenek

Foto: Berita Harian

“Dia datang naik motosikal, beri salam dan minta air. Saya ke dapur nak ambilkan, tapi dia ikut sampai ke dapur. Selepas minum beberapa teguk, dia terus tarik gelang saya dengan kuat, sepak, terajang, dan hentak kepala saya ke mesin basuh hingga saya jatuh,” katanya.

Selain itu, suspek turut melarikan telefon bimbit milik cucunya sebelum meninggalkan lokasi kejadian. Rabiah bersyukur kerana cucunya yang berusia lima tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel lain: Tak Sampai Enam Jam, Lelaki Dicekup Selepas Samun Rumah Warga Emas

Seorang lagi cucunya, Muhammad Nazreeq Miqael Mohd Nazir, 15, yang beru pulang dari sekolah hanya menyedari kekecohan selepas neneknya mengetuk pintu biliknya sekitar jam 4.40 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya balik dari sekolah jam 4 petang dan tertidur kerana keletihan. Bila tersedar, orang ramai sudah berada di depan rumah dan mesin basuh nenek pun sudah teralih,” ujarnya.
nenek

Foto: Berita Harian

Rabiah dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1,000 dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 8.53 malam hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron mengesahkan laporan diterima dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun berserta kecederaan.

Sumber: Berita Harian (Khirrul Nirwan Bahaudin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd