Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penjaga Gol Turkiye, Ahmet Eyüp Maut, Ditemui Dibawah Runtuhan Bangunan

Penjaga gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan meninggal dunia selepas menjadi mangsa korban gempa bumi yang melanda negeri itu pada Isnin lepas.

Berita duka berkenaan dikongsikan oleh kelab diwakilinya, Yeni Malatyaspor menerusi akaun Instagram rasmi.

View this post on Instagram

A post shared by Yeni Malatyaspor (@yenimalatyaspor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmet merupakan antara salah seorang daripada 5,000 mangsa disahkan meninggal dunia di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi bermagnitud 7.8.

“Penjaga gol kami, Ahmet Eyüp Türkaslan meninggal dunia selepas ditemui berada di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.
“Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik,”tulis kelab berkenaan di ruangan kapsyen.

Untuk pengetahuan, pemain berusia 28 tahun itu bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turkiye, Yeni Malatyaspor selepas menyertai pada 2021.

Beliau memulakan kariernya pada 2013 dan pernah bermain untuk beberapa kelab seperti Bugsas Spor, Osmanlispor, BAK FK, Ankaraspor dan Umraniyespor.

Sementara itu, bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton serta rakan sepasukan Turkaslan, Yannick Bolasie turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmet.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Takziah kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Sangat sedih mendengarnya dan berharap kita semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan,” kata Bolasie.

Terdahulu, beberapa wilayah Turkiye seperti Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Syria digegarkan dengan kejadian gempa bumi dahsyat magnitud 7.8.

Selepas itu, ia diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 7.6 pada 13.24 tengah hari yang turut berpusat di Kahramanmaras.

Setakat ini,lebih 8,000 orang terbunuh dan puluhan ribu cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada awal pagi Isnin.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila pasukan penyelamat berdepan kesukaran berikutan ia berlaku sewaktu pertengahan musim sejuk. Perkara itu sekaligus merisikokan mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan tanpa sebarang perlindungan.

Sumber: BCC

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Lokal

Seramai 21 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd