Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengiring TMJ Disiasat Atas Dakwaan Cederakan Lelaki OKU Di Sebuah Hotel

Seorang pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disiasat polis selepas didakwa menyerang seorang lelaki kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Free Malaysia Today, perkara itu diberitahu dan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain pada sidang media hari ini.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan).
“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang. Malah lelaki kurang upaya yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang.” katanya.

Foto: IG @hrhcrownprinceofjohor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Shuhaily enggan mengulas lanjut pabila ditanya sama ada pengadu masih dirawat di hospital atau tidak.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd