Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengikrar Derma Organ Maut Kemalangan, Warga Hospital Beri Penghormatan Terakhir

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya, pada Jumaat lalu mengundang sebak ramai.

Pengikrar derma organ maut kemalangan

Pemergian rwah yang berusia 26 tahun itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah kepada petugas kesihatan yang terlibat sepanjang proses rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Pengikrar derma organ

Menurut ahli keluarga, suasana di ICU pada pagi kejadian bertukar hiba apabila dimaklumkan arwah tidak dapat diselamatkan.

Bagaimanapun, keluarga menerima ketentuan tersebut dengan penuh reda meskipun mengakui kehilangan itu amat berat untuk ditanggung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan kami. Amir bukan sahaja adik ipar, tetapi seperti adik kandung sendiri,” kata seorang individu, NaZz KRw memuat naik beberapa hantaran di laman Facebook.

Lebih menyentuh perasaan, arwah semasa hayatnya merupakan seorang pengikrar derma organ.

Artikel lain: Polis Cari Saksi Kemalangan Maut Babit Pengantin Baharu

Pengikrar derma organ

Susulan itu, keluarga arwah dengan jiwa yang besar telah menunaikan amanat berkenaan sebagai satu tanggungjawab dan penghormatan terakhir buat arwah.

“Perginya arwah memberi harapan kepada mereka yang masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan melalui pendermaan organ. Kami bangga dengan keberanian dan keikhlasan arwah,” ujar NaZz KRw.

Sementara itu, NaZz KRw turut berkongsi ekuatan seorang bapa yang mengiringi jasad anaknya ke bilik pembedahan bagi tujuan pendermaan organ turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warga hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli keluarga arwah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan, mendoakan serta membantu menguruskan pengebumian arwah.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan arwah dan ahli keluarga dari kedua-dua belah yang bersama-sama menghadapi detik sukar tersebut.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi. Semoga segala amal dan pengorbanan arwah diterima di sisi-Nya dan ditempatkan bersama para solihin,” kongsinya lagi.

Difahamkan, jenazah arwah yang selamat dikebumikan Desa Permai, Kota Bharu meninggalkan kenangan manis dan teladan buat semua yang mengenali.

Pengikrar derma organ

Pemergian Amirrul Mukminin turut mengingatkan bahawa reda bukan sesuatu yang mudah, namun keikhlasan menerima ketentuan Ilahi menjadi kekuatan buat mereka yang ditinggalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook NaZz KRw, Threads @ayuothman11

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd