Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengiat Industri Hotel Cadang Kenakan Caj Dolar AS Untuk Warga Asing

Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) cadang kepada Kementerian Kewangan agar hotel-hotel di Malaysia mempertimbangkan langkah mengenakan bayaran caj dalam dolar Amerika Syarikat (AS) untuk warga asing seperti yang dilakukan jenama sama di luar negara.

Memetik laporan Bernama, penggiat industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

Pengarah MAHO, Shaharuddin M Saaid berkata pihaknya berharap agar perkara itu diangkat dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Pengiat industri hotel cadang caj dolar AS untuk warga asing

Foto: Utusan Borneo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh, beliau berkata walaupun hotel lima bintang di rantau ini mengenakan bayaran US$400-500 semalaman, hotel Malaysia dalam kategori sama sebaliknya mengenakan caj RM320-450 yang tidak setara.

“Persatuan berpendapat kadar sewa bilik hotel ini perlu mencerminkan standard serta reputasi jenama hotel di Malaysia dalam usaha untuk kekal berdaya saing,” katanya.

Dalam pada itu, Shaharudin berkata MAHO juga telah mengemukakan memorandun Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan, yang mana mereka mencadangkaan hotel di Malaysia mempertimbangkan mengecaj dalam dolar AS untuk warga asing seperti yang dilakukan hotel sama di luar negara.

Tindakan ini tidak akan melibatkan pelancong tempatan dan mereka akan terus menikmati bayaran itu dalam bentuk ringgit.

Langkah ini dapat membantu hotel dari segi menjana pendapatan lebih besar, menyediakan peruntukan lebih besar bagi tujuan penyelanggaraan selain baik pulih serta pampasan untuk pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, MAHO turut membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan kos bagi tujuan menjalankan perniagaan.

Salah satu cabaran operasi utama adalah peningkatan kos tenaga susulan pelaksanaan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) 20 sen/kilowatt jam (kWj) pada awal tahun ini yang menyebabkan lonjakan perbelanjaan tenaga hotel sebanyak 35-50 peratus.

Shaharuddin juga berkata walaupun surcaj dikurangkan kepada 0.17 sen/kWj baru-baru ini, bebanan terhadap industri hotel tetap ketara.

Hotel Cadang Caj Dolar AS Untuk Warga Asing

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, isu lain adalah peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,500 selain pengurangan tempoh waktu bekerja mingguan di bawah pindaan Akta Kerja yang hanya menjejaskan kewangan hotel.

Sehubungan itu, Shaharuddin berkata MAHO merayu agar kenaikan gaji minimum itu ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 2026 bagi membolehken industri benar-benar pulih daripada impak pandemik COVID-19.

Persatuan juga berusaha mendapatkan semakan semula insentif Status Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan yang ketika ini hanya melibatkan pembangunan hotel baharu hingga yang berstatus tiga bintang.

“MAHO meminta hotel empat dan lima bintang turut disenaraikan dalam insentif bagi mempromosikan pelancongan mewah serta menarik kehadiran pelancong yang banyak berbelanja,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd