Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Terima Kasih Rakyat Malaysia Bantu ‘Tebus’ Masjid Kami” -Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusuf Majid telah mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Malaysia kerana membantu mereka ‘menebus’ masjid berkenaan semula selepas ia dijual kepada individu bukan Islam sebelum ini.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan ucap terima kasih

Kemelut tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu akhirnya selesai selepas rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan dan dana yang terkumpul melebihi  RM2.3 juta

“Terima kasih umat Islam dan rakyat Malaysia kerana bantu tebus masjid kami” ujarnya pengerusi.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan kutipan sudah ditutup

Difahamkan, kutipan sumbangan itu sudah ditutup tengah malam semalam dan akui sangat bersyukur dengan jumlah yang berjaya dikumpul mencukupi untuk menebus kembali tanah wakaf terbabit.

Ujar Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan lagi, jika ada duit yang dimasukkan, pihak masjid akan memasukkannya ke dalam wakaf am tabung bagi pengerusan masjid terbabit.

“Alhamdulillah hasrat kita tercapai dan bermula jam 12 tengah malam ini kita menutup sumbangan untuk masjid ini secara rasmi.
Jika ada lagi jumlah duit dimasukkan, kita akan masukkan ke dalam wakaf am tabung bagi pengurusan masjid ini,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak masjif akan segera menghantar wakil ke Ipoh untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) serta mempertimbang melantik peguam bagi proses jual beli tanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas itu kita akan berunding sesama ahli jawatankuasa untuk proses seterusnya dan kemungkinan akan melantik peguam untuk sesi pembelian tanah nanti.
“Mengenai wang lebihan lebih RM500,000 itu kita berharap ia dapat digunakan untuk proses atau pengurusan jual beli tanah.
Selebihnya kita akan gunakan untuk aktiviti pertanian dan hasilnya nanti kita masukkan dalam tabung untuk perjalanan masjid ini, namun kita akan merujuk perkara itu dengan MAIPk terlebih dahulu sama ada boleh digunakan atau tidak,” katanya lagi.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Artikel lain: Sumbangan Derma Masjid Jamek Ar-Ridzwan: Kutipan Hampir RM2 Juta Dalam Tempoh 36 Jam

Terdahulu, tanah wakaf seluas 0.61 hektar itu dijual oleh waris pewakaf tanpa pengetahuan pihak masjid. Namun selepas kisahnya tular, rakyat Malaysia berjaya mengumpul hampir RM2 juta dalam tempoh kurang 36 jam.

Sumber: Facebook Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd