Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengarah JKR Didakwa Esok, SPRM Bekukan RM613 Juta & Sita Harta Mewah

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya hari ini.

Pengarah JKR didakwa esok

Memetik laporan daripada NST, kes tersebut disiasat oleh Bahagian Operasi Khas SPRM dan kini lengkap untuk tindakan pendakwaan.

“Kita jangka akan mendakwa pengarah berkenaan esok di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Jalan Duta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Pengarah JKR

Beberapa aset melibatkan individu berkenaan turut disita

Sebagai sebahagian daripada siasatan, SPRM turut membekukan 95 akaun bank melibatkan 79 individu dan 16 syarikat dengan jumlah keseluruhan mencecah RM613 juta.

Selain itu, beberapa aset seperti rumah, kenderaan dan wang tunai juga telah disita kerana dipercayai berkaitan kes ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Mei lalu, enam individu termasuk dua penjawat awam bergelar ‘Datuk’ dan seorang jurutera dari jabatan kerajaan ditahan reman kerana disyaki menerima rasuah berkaitan kontrak pembangunan dan penyelenggaraan sejak 2021.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati dua suspek utama yang memegang jawatan pengarah dan jurutera menerima kira-kira RM115,000 daripada orang tengah dalam bentuk wang tunai, bayaran ubah suai rumah dan telefon bimbit.

sekadar gambar hiasan

Artikel lain: SPRM Temui Bilik Rahsia, Sita Aset Bernilai RM16 Juta Milik Tan Sri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan ini sekali lagi menunjukkan keseriusan SPRM membanteras rasuah berprofil tinggi dalam sektor awam, khususnya berkaitan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek kerajaan.

Sumber: NST  (Mohamad Al As, Austin Camoens)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd