Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengantin Undang Band Black Metal Hiburkan Tetamu Di Majlis Kahwin

Majlis pernikahan merupakan majlis yang sangat penting dan istimewa untuk pasangan pengantin dan juga kedua-dua buah keluarga.

Sudah pasti ketika majlis berkenaan, persediaan khusus dari segala segi amat dititik beratkan termasuklah untuk menceriakan suasana.

Bukan biasa-biasa ni

Namun, menerusi perkongsian video yang tular di Instagram, pasangan pengantin di Indonesia memilih untuk memberikan persembahan dari band Black Metal untuk ‘dinikmati’ para hadirian.

Melalui posting yang dikongsi akaun Instagram @xtremmerch, pasangan yang mengenakan pakaian pengantin adat negara tersebut dilihat duduk di tepi pentas utama sambil khusyuk mendengar bunyi muzik keras berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di belakang mereka terlihat band yang anggotanya memakai pakaian dan bersolek mengikut gaya metal begitu rancak bermain alat muzik serta bernyanyi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penonton nampak enjoy pula

Tak hanya itu, mereka yang menonton juga telah menggerakkan-gerakan kepala mengikut rentak lagu black metal yang agak keras itu.

Menjengah ke Facebook pengantin yang dikenali sebagai Bulan Fi Sabilillah, dia telah berkongsi gambar bersama anggota band tersebut diatas pentas bersama suaminya.

Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen terkejut serta ‘kagum’ dengan acara di majlis pernikahan itu.

Para peminat muzik metal juga merasakan persembahan tersebut sangat hebat dan ramai yang ingin mencontohi pasangan terbabit yang mengundang band black metal di majlis pernikahan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @xtrememerch, Facebook Bulan Fi Sabilillah

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd