Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengantin Pasrah Majlis Bersanding ‘Dirampas’, Bridesmaid Sambut Hari Jadi Kawan Lain

Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka.

Namun begitu, lain pula yang berlaku pada majlis persandingan seorang wanita di Indonesia yang mana majlisnya ‘dirampas’ oleh pengiring perempuan merangkap sahabat pengantin sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui video tersebut, salah seorang daripada pengiring tiba-tiba mengalami pitam sekali gus membuatkan pasangan pengantin dan tetamu dalam dewan tersebut turut risau dengan situasi yang berlaku.

Pengiring tersebut juga kelihatan terlalu lemah untuk bergerak dan dia sempat duduk sebentar di atas kerusi pelamin sebelum diangkat turun dari atas pentas.

Rupa-rupanya, semua itu hanyalah lakonan semata-mata atas tujuan bagi membuat kejutan ulang tahun kelahiran kepada salah seorang pengiring yang lain.

Walaupun pengantin perempuan turut menyambut hari jadi sahabatnya, namun pengantin lelaki kelihatan kurang senang dengan kejutan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya, sepatutnya hari tersebut merupakan momen istimewa bersama isteri namun telah diambil alih pula dengan sambutan hari jadi orang lain.

Warga maya menyatakan rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini dianggap tidak menghormati ‘tuan rumah’ yang boleh merosakkan apa dirancang selama ini.

Awalnya, netizen menganggap sambutan itu merupakan sambutan hari jadi pengantin wanita namun terkejut kerana ianya adalah hari jadi salah seorang pengiring pengantin perempuan.

Bukan hari jadi pengantin?

Ada juga netizen yang meninggalkan komen mengenai reaksi pengantin lelaki yang jelas kelihatan kurang selesa dengan kejutan hari jadi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami macam tengah tahan marah

Rosakkan majlis orang!

Yang happy cuma ‘bridesmaid’

Tak boleh buat kejutan hari lain?

Sanggupnya…

Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.. kalau terpilih jadi pengiring tu, kena pastikan pasangan pengantin dapat perhatian daripada semua tetamu, bukannya caras perhatian dengan buat perkara lain!

Sumber: X @txtdarigajelas

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd