Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pemuda MCA Gesa Tegakkan Standard, Pemimpin DAP Terlibat SPRM Perlu Bercuti

Pemuda Persatuan Cina Malaysia (MCA) menggesa pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang terlibat dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bercuti sementara daripada tugas rasmi sekali gus dapat menegakkan piawaian yang dikenakan kepada kerajaan terdahulu.

Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung menyatakan bahawa sekiranya Ramachandran Muniandy bukan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, maka kerajaan negeri Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung pemberian projek tersebut.

Foto: NST

Ujarnya, pelantikan yang tidak melalui proses tender terbuka telah disahkan menerusi penjelasan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor iaitu Ng Sze Han sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han mengesahkan bahawa pelantikan tersebut tidak melalui proses tender terbuka.
“Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut terlibat kerana Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berada di bawah bidang kuasanya, telah meluluskan pemilihan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, beliau berkata, kelulusan pemilihan terbabit telah membuktikan bahawa Anthony berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pemberian projek tanpa proses tender terbuka kepada suami salah seorang Menteri DAP yang lain.

Foto: FB Saw Yee Fung

“Maka tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa Menteri Pengangkutan dari DAP, secara tersirat mempunyai hubung kait dengan pemberian projek kepada suami seorang Menteri DAP lain tanpa melalui proses tender terbuka,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd