Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Saya Hadir Sebagai Usahawan…” – Pempengaruh Perjelas Isu Jemputan Sekolah

Pempengaruh Perjelas Isu Jemputan Sekolah

Tindakan sebuah sekolah di Kedah menjemput usahawan dan pempengaruh, Faiz Soul, bagi merasmikan Majlis Anugerah Akademik baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Sebahagian pihak berpendapat kehadirannya tidak menimbulkan masalah, namun ada juga yang mempersoalkan kewajaran pihak sekolah memilih figura berkenaan untuk majlis rasmi.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) dalam satu makluman sebelum ini mengesahkan siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan selain mengingatkan pentadbir sekolah supaya mematuhi garis panduan melibatkan jemputan pihak luar.

Pempengaruh Perjelas Isu Jemputan Sekolah

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, hari ini, Faiz tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Nak salah apanya? Saya bukan orang kenamaan. Saya juga bukan orang politik. Jadi saya hadir sebagai usahawan yang cuma berkongsi rezeki,” katanya.

Menurut Faiz, majlis perasmian tersebut turut dihadiri pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang duduk bersebelahan dengannya sepanjang acara berlangsung.

“Untuk makluman, yang duduk di sebelah saya ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah, Pengurusan Sekolah, JPN Kedah.
“Sebelah saya Guru Besar, sebelah Guru Besar ialah Yang Dipertua PIBG. Kalaulah sekolah itu salah, takkan wakil JPN pun turun sama,” jelasnya.

Beliau berpendapat isu tersebut sengaja diperbesarkan hingga menimbulkan persepsi tidak tepat.

“Saya rasa tak ada apa yang perlu diisukan. Benda ini kecil sahaja tetapi sengaja nak dipolitikkan dan dibesar-besarkan,” katanya lagi.

Faiz turut menjelaskan latar belakangnya sebagai bekas guru sandaran yang pernah berkhidmat selama enam bulan di sekolah kebangsaan.

“Saya juga bekas guru… guru sandaran pun tetap buat kerja guru tetap.
“Nak buat RPH dan sebagainya semuanya sudah biasa bagi saya,” katanya sambil menambah beliau pernah mengajar beberapa mata pelajaran termasuk Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi serta Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan kehadirannya ke sekolah berkenaan dibuat atas kapasiti peribadi tanpa sebarang kepentingan pihak tertentu.

“Seandainya saya rasmi sekalipun, saya rasmi menggunakan duit saya. Tujuan saya hadir hanyalah untuk memeriahkan majlis, tanpa kepentingan mana-mana pihak,” ujarnya.

Artikel lain: JPN Kedah Siasat Isu Pempengaruh Rasmi Majlis Anugerah Akademik Di Sekolah

Dalam video sama, Faiz berkata beliau turut menyatakan hasrat kepada Guru Besar untuk membantu murid asnaf di sekolah berkenaan.

“Saya tanya Guru Besar, ada asnaf tak? Guru Besar jawab ada, 204 orang. Jadi saya minta izin untuk menyokong keperluan mereka tahun depan seperti pakaian dan alat tulis, semuanya menggunakan duit saya dan perniagaan saya,” katanya.

Faiz turut menyeru agar institusi pendidikan tidak dijadikan medan polemik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cukuplah berpolitik. Jangan ganggu institusi pendidikan. Kesian anak-anak kita yang sedang belajar,” katanya.

Sumber: TikTok faizsoul_

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd