Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat: Pempengaruh Didakwa Langgar Syarat Bekas Suami, Cetus Pergaduhan

Pempengaruh Didakwa Langgar Syarat

Polis menjalankan siasatan terhadap insiden pergaduhan melibatkan seorang pempengaruh media sosial dengan isteri baharu bekas suaminya di sebuah rumah di Taman Melawati, di sini pada Isnin lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu dipercayai berlaku selepas wanita terbabit melanggar syarat yang ditetapkan bekas suaminya semasa hadir untuk mengambil semula barangan peribadi.

Pempengaruh Didakwa Langgar Syarat Bekas Suami

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pergaduhan berlaku apabila wanita itu bertindak melebihi had yang telah dipersetujui semasa kunjungan ke rumah tersebut.

“Lelaki itu membenarkan bekas isterinya mengambil barangan miliknya di kediaman tersebut dengan syarat hanya berada di tingkat bawah rumah.
“Bagaimanapun, wanita berkenaan telah naik ke tingkat satu, menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergelutan antara dia dengan isteri baharu pempengaruh itu yang cuba menghalang tindakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan ahli keluarga lelaki berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian berkenaan turut disaksikan oleh kakak ipar dan adik ipar pengadu,” katanya lagi.

Artikel lain: Pempengaruh Sosial Malaysia Ditahan Di Taiwan Atas Dakwaan Penipuan

Akibat pergelutan tersebut, isteri baharu lelaki terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Mohd Azam berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis pada hari kejadian.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang rampasan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Online 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd