Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Luahan Bekas Isteri Raih Perhatian

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh makna,

“Setiap permulaan dan pengakhiran milik Allah. Semoga Allah permudahkan segala yang tertulis buat kita. Menghormati masa lalu dan percaya pada perancangan Allah,” tulisnya.

Chazynash

Berita itu menjadi tular dengan pantas, menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang ingin tahu perkembangan terbaru bekas pasangan itu. Namun, di sebalik perhatian yang diterima Chazynash, Fatin Morat menunjukkan ketenangan yang luar biasa.

Artikel lain: Mahu Jumpa Khairul Aming Di Rembayung, Cubaan Pempengaruh Gagal

Menurut perkongsiannya  di Threads, Fatin berterima kasih kepada yang memberinya semangat dan yang menyokongnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chazynash

“Terima kasih semua yang memberi semangat malah mendoakan untuk saya. Terharu sangat-sangat baca doa-doa hampa. Semoga Allah angkat semua doa hampa di hari Jumaat yang mulia ni. Amin Ya Allah.
“Terima kasih juga yang support bisnes Perfume dan Cornflake Fatin. Semoga Allah juga murahkan rezeki dan permudahkan urusan hampa lalui ujian yang akan mendatang. InsyaAllah berkat doa hampa Fatin kuat terima ujian ni. Amin.” katanya.

Kata-kata itu mendapat perhatian ramai peminat dan warganet yang terus memberikan kata-kata semangat, mendoakan agar Fatin kekal tabah dan bahagia.

Chazynash

Sokongan daripada mereka jelas memberi semangat baru untuk Fatin terus fokus kepada perniagaan dan kehidupannya sendiri.

Sebelum ini, Chazynash mengesahkan beliau telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu. Perpisahan itu berlaku atas persefahaman bersama, berpunca daripada kesilapannya sendiri.

Sumber: Threads @fatinmorat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd