Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemindahan Organ Khinzir Kepada Manusia Dibolehkan Dengan Syarat

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mendedahkan pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat selepas disahkan sendiri oleh pakar perubatan jika tiada alternatif yang lain.

Bagaimanapun, menerusi laporan Utusan Malaysia, perkara tersebut akan terbatal sekiranya terdapat sumber lain yang halal yang boleh berfungsi sebagai gantian.

Bukan itu sahaja, beliau berpendapat sudah tiba masanya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan pandangan mengenai isu ini.

“Sesungguhnya kajian seperti ini adalah amat penting untuk menyelesaikan masalah yang kritikal pada masa kini yang terkait dengan rawatan dan perubatan,” katanya.

Tegasnya, pemindahan organ melibatkan manusia-haiwan adalah haram menggunakan najis untuk berubat jika ada bahan suciyang boleh digunakan oleh pihak perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, jika berada di situasi terdesak dan tidak ada bahan yang suci lain yang boleh digunakan membenarkan penggunaan bahan najis.

Jelasnya lagi, para ulama bersepakat mengenai penggunaan najis sebagai bahan ubat namun, keadaan tersebut akan bertukar jika berlakunya darurat.

“Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci,” jelasnya lagi.

Terdahulu, dunia perubatan heboh mengenai pemindahan buah pinggang babi ke manusia buat kali pertama dalam sejarah perubatan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Husni Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd