Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Salun Wanita Didenda RM100 Sebab Potong Rambut Pelanggan Lelaki

Seorang pemilik kedai salun rambut wanita dikompaun RM100 selepas melanggar undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) apabila membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki, minggu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku selepas sebulan pemilik sebuah butik didenda pihak berkuasa tempatan (PBT) disebabkan tampil dengan pakaian tidak sopan.

gambar hiasan

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Datuk Oie Poh Choon, berkata pemilik salun berkenaan sudah membayar denda empat hari lalu selepas didapati melanggar undang-undang kecil MPKB.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sudah menemani wanita itu ke pejabat MPKB untuk menjelaskan dendanya dan dia juga mengaku melakukan kesalahan itu.
“Dia mengakui kesilapannya dan mendakwa bahawa dia terlupa peraturan itu,” katanya.

gambar hiasan

Jelasnya, menerusi undang-undang kecil di bawah garis panduan lesen perniagaan MPKB menegaskan pendandan rambut wanita bukan Islam tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada mana-mana orang Islam yang berlainan jantina.

Beliau berharap MPKB memberi taklimat kepada pemilik salun mengenai undang-undang sedia ada kerana ramai yang seolah-olah melupakannya.

gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika pertemuan saya dengan ahli persatuan baru-baru ini, kami juga menegaskan mereka supaya tidak melanggar peraturan MPKB atau mana-mana undang-undang kerana kami tidak mahu pihak tertentu mengambil kesempatan dalam keadaan itu,” ujarnya lagi.

Difahamkan, pelanggan lelaki itu tidak keseorangan malah turut membawa ahli keluarganya pergi ke salun tersebut untuk memotong rambut.

Sumber: Berita Harian (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd