Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tetap Pandu! Pemandu Range Rover Tular Nafi Mabuk, Tayar Pecah Terlanggar Lubang

Pemandu Range Rover Tular Nafi Mabuk

Pemandu Range Rover Velar yang tular memandu dalam keadaan tayar pecah di Lebuhraya Sungai Besi tampil menafikan dakwaan bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Lelaki berusia 32 tahun itu hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi hari ini bagi membantu siasatan selepas videonya memandu dengan tayar belakang kanan hancur tular di media sosial.

“Pemandu memberi alasan tayar pecah terlanggar lubang dan memandangkan kediamannya dekat maka pemandu memandu terus kenderaannya untuk pulang ke rumah,” ujar Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa dalam satu kenyataan.

Pemandu Range Rover Tular Nafi Mabuk

Video berdurasi satu minit itu memaparkan Range Rover berkenaan bergerak menggunakan rim sahaja sebelum dirakam oleh seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas, sekitar pukul 8 pagi semalam.

“Pergerakan berbahaya kenderaan berkenaan turut dirakam sebelum kenderaan itu berhenti di kawasan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuchai Maju,” katanya.

Tambah Mohd. Zamzuri, ujian saringan air kencing dan EBA (Evidential Breath Analyzer) turut dijalankan terhadap pemandu terbabit sebagai sebahagian proses siasatan.

Beliau berkata, tangkapan terhadap lelaki itu akan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kecoh! Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Import – “Dah Kali Ketiga Dia Curang”

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, video tular itu menunjukkan pemandu berkenaan bersama dua rakannya tetap meneruskan perjalanan walaupun tayar belakang kenderaan utiliti sukan mewah itu pecah dan hanya bergerak menggunakan rim.

Sumber: FB Polis Trafik KL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd