Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pemandu, Penunggang P-Hailing Boleh Nikmati Internet Serendah RM33 Mulai Hari Ini

Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh nikmati perkhidmatan internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula hari ini hingga 23 April depan.

Mengumumkan perkara itu ketika melancarkan pakej p-hailing Rahmah di Angkasapuri di sini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pakej berkenaan adalah hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan  CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes 5G).

Penunggang p-hailing nikmati internet serendah RM33

Artikel lain: Belanjawan 2023: Kerajaan Tanggung Kos Ujian Memandu B2, Teksi, Bas Dan E-Hailing

Beliau berkata kerjasama itu turut melibatkan  16 penyedia platform p-hailing di negara ini, antaranya FoodPanda, Grab, Bungkusit, Shopee dan  Lalamove  bagi menghargai jasa golongan pemandu dan penunggang p-hailing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerjasama seperti ini kita jalinkan untuk menyediakan pakej berpatutan bagi kategori yang disasar iaitu melibatkan kira-kira 200,000 rider kita,” katanya.

Fahmi berkata usaha yang dilaksanakan  itu adalah antara langkah penting kerajaan bagi membantu golongan berkenaan. Ditanya sama ada pakej itu akan dilanjutkan beliau berkata perkara itu kemungkinan diteliti nanti.

“Kita akan buka selama beberapa bulan untuk lihat prestasi langganan, dan selepas mungkin beberapa minggu kita akan dapat maklumat terkini.. mungkin selepas Tahun Baharu Cina, dan sekiranya perlu, kita akan cadangkan supaya dilanjutkan,” katanya.

Pakej khas telekomunikasi dengan diskaun istimewa bagi pekerja p-hailing itu adalah hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi di negara ini.

Semalam, Fahmi dilapor berkata Kerajaan MADANI mendengar keluhan kumpulan pekerja itu dan berharap usaha yang dilakukan kerajaan dapat meringankan kesulitan serta membantu mereka dalam menjalankan tugas setiap hari.

Pakej p-hailing Rahmah juga bertujuan meningkatkan keterhubungan digital penunggang phailing dan membolehkan mereka mengakses maklumat yang diperlukan semasa melaksanakan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd