Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Bot Terbalik Di Perhentian Positif Bahan Terlarang, Ada 5 Rekod Lampau

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan positif bahan terlarang dan memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Pemandu bot usia 20-an kini direman

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu kini direman bagi membantu siasatan tragedi yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika bot yang membawa 15 penumpang terdiri daripada tiga keluarga dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas menonton pertunjukan api.
“Difahamkan, pada awalnya pemandu bot telah menasihatkan supaya perjalanan ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk, namun mereka tetap mahu pulang ke penginapan.
“Ketika hampir tiba ke Pulau Perhentian Besar, bot berkenaan karam selepas berdepan hujan lebat, laut bergelora dan angin kuat,” jelasnya.

Pemandu bot terbalik korbankan 3 nyawa ada 5 rekod jenayah lampau

Tiga mangsa yang terkorban ialah Arumugam Sativelo, 40, Vennpani Vijeya Raj, 10, dan Sarrvihka Arumugam, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak, Sakthivel Thamil Selvan, 6, dilaporkan kritikal.

Semua tak pakai jaket keselamatan

Tambah Azamuddin, semua penumpang tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mangsa merupakan pelancong dari Butterworth, Pulau Pinang yang bercuti sejak Jumaat lalu.

“Mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, manakala mangsa kritikal dan 11 penumpang lain dirawat di Hospital Besut,” katanya.

Artikel lain: Aktiviti Berkelah Bertukar Tragedi, Dua Beradik Lemas Di Pulau Mentigi

Beliau turut mengingatkan semua pihak terutama pengusaha bot agar mematuhi peraturan dan mengutamakan aspek keselamatan termasuk pemakaian jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

Difahamkan, 3 maut manakala seorang kritikal selepas bot membawa penumpang karam kira-kira 20 meter dari Pulau Perhentian Besar selepas kejadian ribuat di hadapan sebuah resort kira-kira jam 10 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan maklumat awal, bot berkenaan dinaiki 16 orang termasuk seorang pemandu bot.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd