Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pemain Tengah JDT, Feroz Baharudin Akhiri Zaman Bujang Pada Usia 23 Tahun

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Mira Nadia dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM3,000 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

@m.f.b.0200

Alhamdulillah Tahniah Feroz dan miraa nadia. Semoga kekal hingga ke Jannah🤲 #ferozbaharudin #mfb0200 #ferozxmira

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi

Rata-rata warganet meninggalkan ucapan tahniah kepada Feroz di ruangan komen hantaran tular dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina bintang JDT itu.

Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan mereka ‘patah hati’ terutama dalam kalangan peminat wanita kerana atlet berusia 23 tahun itu kini sudah menjadi milik Mira Nadia.

Feroz JDT Feroz JDT Feroz JDT Feroz JDT

Artikel lain: Super Junior Heechul Tamatkan Zaman Bujang, Kahwini Diri Sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pemain tengah JDT itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini selepas tular kad undangan perkahwinan di aplikasi TikTok.

Sumber: TikTok @m.f.b.0200

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd