Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Pelarasan Tarif Elektrik, Tujuh Juta Pengguna Domestik Tidak Terjejas

Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024, yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT), menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Tarif elektrik takkan jejas pengguna domestik

ST berkata, ia susulan daripada arahan daripada kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 sen/kilowatt-jam (kWj) bagi golongan pengguna dengan penggunaan elektrik sebanyak 600kWj dan bawa sebulan.

Bagi golongan pengguna dengan penggunaan elektrik melebihi 600kWj hingga 1,500kWj sebulan pula, tiada surcaj akan dikenakan manakala kadar surcaj dikekalkan pada kadar 10 sen/kWj bagi pengguna dengan penggunaan elektrik bulanan melebihi 1,500kWj.

“Pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif B dan D), pengguna dalam kategori tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) dan operator air dan pembetungan, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen/kWj.
“Pengguna bukan domestik selain dinyatakan sebelum ini surcaj kekal pada kadar 17 sen/kWj,”menurut kenyataan, hari ini.

tarif elektrik

ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan, berdasarkan turun naik harga global bahan api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, sejumlah 99.0 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada Kerajaan.

Tambah Suruhanjaya itu,  berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi berkenaan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada semua kategori pengguna terbabit bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan itu.

“Pengguna boleh merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan,”jelas kenyataan.

tarif elektrik

Suruhanjaya berkenaan juga menyarankan pengguna menggunakan kalkulator tarif elektrik yang boleh didapati di laman sesawang rasmi https://myelectricitybill.my/ bagi membuat anggaran kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang.

Maklum ST,  pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme ICPT itu adalah terpakai bagi semua pengguna di Semenanjung Malaysia kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd