Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pelarasan Takrif Elektrik Tak Jejaskan Pengguna Domestik Di Kulim Hi-Tech Park

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (Kementerian) menerusi Suruhanjaya Tenaga bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (Imbalance Cost Pass-Through – ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna NUR Power Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Sekadar gambar hiasan

Pengumuman tersebut dibuat pada 13 Disember 2023 oleh pihak kerajaan dengan memaklumkan yang pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (≤1,500 kWj) tidak dikenakan sebarang surcaj.

Selain itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj; dan pengguna bukan domestik pula akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, sejumlah 99 peratus atau 5,159 pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan menerima subsidi daripada Kerajaan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan turut memutuskan supaya kos tampungan surcaj sebanyak RM0.73 juta dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd