Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Sahkan Audio Perbualan Zara Qairina Dan Ibu Adalah Rakaman Sebenar

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan individu dikenali sebagai “Kak M” adalah rakaman sebenar.

Peguam nasihat henti spekulasi

Menurut laporan Berita Harian, peguam Hamid Ismail yang dilantik oleh ibu arwah, Noraidah Lamat memaklumkan bahawa rakaman tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

peguam

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan pelbagai teori dan spekulasi tidak berasas berhubung kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Menurutnya, pelbagai naratif yang berlegar di media sosial bukan shaaja mengganggu siasatan, malah boleh menjejaskan imej serta maruah mangsa dan keluarganya.

Artikel lain: Peguam Dakwa Siasatan Kematian Zara Qairina Pincang, Bukti Penting Tidak Diambil

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hentikan membuat spekulasi sebegitu,” katanya ringkas.

Spekulasi tersebut tular sejak beberapa hari lalu menerusi pelbagai akaun tidak dikenali di media sosial yang mendakwa kecederaan Zara berpunca daripada tekanan mesin basuh, kononya digunakan pembunuh untuk menghapuskan cap jari dna DNA.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai dakwaan berkenaan.

peguam

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, ditemui parah di bawah bangunan asrama pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, keesokan harinya.

Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai selepas timbul dakwaan unsur buli dan kelemahan dalam siasatan awal, termasuk ketiadaan proses bedah siasat sebelum pengebumian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, peguam keluarga turut memohon agar kubur arwah digali semula untuk proses bedah siasat, selain menggesa supaya inkues dijalankan di bawah Seksyen 399(1) Kanun Tatacara Jenayah bagi menentukan punca sebenar kematian.

Dalam kenyataan berasingan semalam, pasukan peguam menghantar surat kepada Peguam Negara merayu empat perkara, termasuk supaya kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan semula.

peguam

Foto: Sinar Harian

Mereka turut memohon siasatan dikendalikan pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman, serta penggalian semula kubur untuk membolehkan bedah siasat dijalankan. Inkues juga diminta diadakan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes tersebut.

Hamid menegaskan bahawa Noraidah tidak mengharapkan kemenangan dalam proses siasatan, sebaliknya hanya menuntut keadilan untuk anaknya dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd