Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pecah Rekod Bapa & Datuk Sendiri, Lelaki Pilih Kahwini Tujuh Wanita Serentak

Seorang lelaki berasal dari Uganda tular baru-baru ini apabila dikatakan ‘beruntung’ kerana berkahwin dengan tujuh orang wanita serentak.

Menurut Thaiger, perkahwinan Habib Nsikonnene berlangsung pada 10 September yang lalu. Walaupun baru berkahwin, dia memberikan bayangan yang perkahwinan tersebut bukan yang terakhir buat dirinya.

Dia berkata dirinya masih muda dan dengan izin Tuhan, mungkin akan berkahwin dengan lebih ramai wanita pada masa yang terdekat di samping menyatakan majlis perkahwinannya belum selesai.

Lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pakar perubatan tradisional itu telah menghantar beberapa kereta untuk mengambil kesemua bakal isterinya dari salun kecantikan pada hari perkahwinan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perarakan yang menjemput isterinya terdiri daripada lebih 40 buah kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan yang diadakan di Kampung Namasengere, daerah Kamuli.

Pengantin-pengantin perempuan tersebut bernama Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha Sinap dan dua orang bernama Aisha. Difahamkan, dua orang daripada pengantin tersebut merupakan adik-beradik.

“Saya telah memperkenalkan mereka secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekaligus untuk menjadi satu keluarga besar yang bahagia,” kata Nsikonnene.

Menurut bapa kepada pengantin lelaki itu, berpoligami sah di Uganda dan ramai lelaki dalam keluarga mereka mempunyai beberapa isteri.

Datuk kepada Nsikonnene pula mempunyai enam isteri, manakala bapanya mempunyai empat isteri. Namun begitu, pakar perubatan tradisional itu telah mengalahkan kedua-dua mereka dalam satu masa dengan berkahwin tujuh orang serentak.

Perkahwinan Nsikonnene mendapat pujian daripda ketua kampung Namasingale, Emmanuel Overe kerana perkahwinannya sangat mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki ini mempunyai kualiti yang jarang dilihat pada orang. Dia berpindah ke kampung ini empat tahun yang lalu dan membeli tanah di sini.
Dia memperkenalkan diri sebagai pakar perubatan tradisional dan kami membenarkan dia melakukan perniagaan di sini,” kata Overe.

Sumber: Thaiger

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd