Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pakistan Catat Suhu Tertinggi 52 Darjah Celcius Pada Musim Panas

Pakistan merekodkan bacaan suhu tertinggi pada musim panas, iaitu melebihi 52 darjah Celsius (125.6 darjah Fahrenheit) di tengah-tengah gelombang panas terutama di wilayah Sindh, Selatan Pakistan pada Isnin.

Menurut satu laporan Reuters, pegawai kanan Jabatan Meteorologi Pakistan Shahid Abbas berkata, bandar Mohenjo Daro di Sindh yang terkenal dengan tapak arkeologi yang bermula sejak Tamadun Lembah Indus yang dibina pada 2500 SM mencatatkan peningkatan suhu setinggi 52.2 C (126 F) dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Foto: Reuters

“Bacaan adalah yang tertinggi pada musim panas setakat ini, dan menghampiri paras tertinggi di bandar dan negara masing-masing iaitu 53.5 C (128.3 F) dan 54 C (129.2 F),” katanya.

Selain itu, Ketua Meteorologi di Jabatan Meteorologi Pakistan Sardar Sarfaraz memberitahu suhu paling tinggi yang pernah direkodkan di Pakistan adalah pada 2017 apabila suhu meningkat kepada 54 C (129.2 F) di bandar Turbat, yang terletak di wilayah Barat Daya Balochistan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah yang kedua terpanas di Asia dan keempat tertinggi di dunia,” ujarnya.

Pasukan Saintis Antarabangsa pula berkata, suhu yang melampau di seluruh Asia sejak sebulan lalu menjadi lebih teruk berkemungkinan besar akibat perubahan iklim yang didorong oleh manusia.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, seorang doktor tempatan Mushtaq Ahmed turut memaklumkan bahawa penduduk tempatan telah menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang melampau dan lebih suka tinggal di dalam rumah atau berhampiran dengan kawasan air.

Terdapat juga laporan dari peniaga yang mengeluh dengan keadaan cuaca panas kerana telah menjejaskan perniagaan mereka selain terpaksa menutup separuh kedai mereka untuk tidak terlalu terdedah terhadap sinaran cahaya matahari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, gelombang haba di Mohenjo Daro dan kawasan sekitarnya dijangka akan reda tidak lama lagi, namun terdapat jangkaan lain yang mengatakan kawasan lain di Sindh termasuklah ibu negara, Karachi akan dilanda bencana yang lain.

Sumber: Reuters (Akhtar Soomro, Ariba Shahid)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd