Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakar Perjelas Pelanggaran Pada Struktur Titik Kritikal, Mungkin Sebabkan Nahas Helikopter

Insiden melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan.

Memetik laporan Bernama, perkara itu diberitahu oleh pakar penerbangan, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian.

Menurutnya, jika titik kritikal sesebuah pesawat terjejas atas faktor tertentu, maka ia akan mengakibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.

Foto: New Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap pesawat ada titik kritikal, kalau titik kritikal sudah merekah dan merebak ia akan menyebabkan strukturnya merekah dengan cepat dan disebabkan itu, kehilangan aerodinamik. Jadi, kemungkinan (pelanggaran kedua-dua pesawat) terkena titik kritikal (pesawat) terbabit.
“Sebab itu, ia mungkin tidak dapat melakukan putaran auto. Selalunya, helikopter kalau kehilangan enjin boleh melakukan putaran auto untuk mendarat dengan selamat… tetapi mungkin terkena bahagian kritikal (pesawat itu) di mana ia mengurangkan kadar aerodinamik (pesawat) secara tinggi,” katanya dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, apabila ketiadaan optimum aerodinamik pada helikopter mahupun pesawat yang lain maka ia akan mengakibatkan sesebuah pesawat tidak dapat melakukan penerbangan dengan baik sehingga boleh terhempas.

“Disebabkan tiada aerodinamik optimum (penerbangan) pesawat akan melencong ke kiri dan kanan seterusnya tidak dapat terbang dengan trajektori yang optimum itu dan menyebabkan ia terhempas selepas itu,” ujarnya.

Mengenai penubuhan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas itu, Harridon menjangkakan laporan akan dikeluarkan secara berfasa iaitu laporan awal dan laporan komprehensif.

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lembaga Siasatan perlu menyiasat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keadaan udara dan cuaca semasa insiden berlaku serta perlu meneliti buku log kedua-dua pesawat untuk melihat sama ada wujud anamolies bagi aspek teknikal pada kedua-dua pesawat dalam penerbangan terdahulu,” katanya lagi.

Terdahulu, dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas dipercayai di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi tragis yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM.

Sumber: YouTube Bernama TV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd