Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Padah ‘Promote’ Iklan Mata Wang Kripto, Kim Kardashian Didenda Lebih RM4 Juta

Baru-baru ini, selebriti dan usahawan sensasi tersohor dunia, Kim Kardashian dilaporkan terlibat dalam pengiklanan mata wang kripto dengan mempromosikan token Ethereum Max di Instagram.

Menurut Reuters, Kim memuat naik iklan kripto tersebut tanpa memberitahu bahawa dia sebenarnya dibayar untuk membuat promosi berkenaan.

Menerusi tangkap layar Insta Story yang dimuat naik, Kim bertanya kepada pengikut Instagram miliknya sekiranya mereka berminat dengan mata wang kripto.

“Adakah anda berminat dengan kripto??? Ini bukan nasihat kewangan tapi berkongsi apa yang kawan saya beritahu tentang token Ethereum Max!”tanya Kim.

Disebabkan mempromosikan iklan tersebut, pemilik nama Kimberly Noel Kardashian dikenakan bayaran sebanyak AS$1 juta atau lebih kurang RM4.65 juta. Kim juga perlu menyerahkan wang faedah yang diterima selain wang bayaran promosi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada penyanyi Kanye West dilarang untuk melakukan promosi mana-mana syarikat mata wang kripto selama tiga tahun.

Reuters memakluman personaliti televisyen itu bersetuju untuk membayar wang denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada Isnin.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd