Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Guna Nombor Pendaftaran Palsu, JPJ Sita Ford Mustang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah menahan sebuah kereta Ford Mustang yang dipandu oleh seorang lelaki di Jalan Kampar, di sini pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, kenderaan terbabit ditahan kira-kira pada jam 11.40 pagi selepas anggota JPJ  membuat rondaan di kawasan terbabit.

Kereta Ford Mustang tersebut ditahan kerana telah menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain mendapati ia tiada dalam rekod sistem JPJ.

Timbalan Pengarah JPJ negeri, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu seorang penjual kereta berumur 36 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kenderaan itu juga dikesan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain selain semakan mendapati ia belum berdaftar dan tiada rekod dalam sistem JPJ,” katanya menerusi kenyataan.

Ford Mustang JPJ

Artikel lain: “Orang Tempatan Suka Benarkan Rohingya Guna Nama Beli Kenderaan”- JPJ Kelantan

Tambah Ahmad Kamarunzaman, kenderaan terbabit juga dalam proses penukaran nama dengan pemilik baharu.

Susulan itu, JPJ mengeluarkan notis berkaitan pemalsuan dokumen dan kenderaan telah pun disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

“Kenderaan terbabit kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor bagi siasatan lanjut,” katanya.

Tegas beliau, pihaknya memandangnya serius mengenai perkara tersebut dan terus menjalankan pemantauan ke atas semua jenis kenderaan.

Katanya, ini bagi memastikan pengguna sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Orang ramai boleh membuat aduan trafik dengan menyalurkan kepada [email protected]. Ia juga boleh dibuat melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd