Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Masih Belum Ditemui, Operasi SAR Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Diteruskan

Operasi SAR Rakyat Malaysia Hilang

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, masih diteruskan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus menyediakan bantuan konsular kepada keluarga mangsa dan berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Operasi SAR yang dijalankan sejak kejadian tanah runtuh pada 27 November lalu kini masuk hari ke-15 dan masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di Padang Panjang.
“Usaha pencarian tetap diteruskan, dan Konsulat Jeneral terus menyediakan sokongan konsular kepada keluarga yang berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa Indonesia.
“Setakat ini, tiada laporan baharu mengenai rakyat Malaysia yang hilang atau terjejas oleh keadaan yang sedang berlaku,” katanya.

Operasi SAR Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Diteruskan

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra memaklumkan seorang wanita Malaysia berusia 64 tahun yang sebelum ini gagal dihubungi di Aceh telah disahkan selamat dan kembali ke tanah air semalam berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarganya.

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan turut memantau rapat perkembangan susulan banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara sejak 27 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa akses ke beberapa kawasan yang sebelum ini terputus kini bertambah baik, membolehkan pasukan SAR memasuki lebih banyak lokasi selaras kerja pembersihan jalan yang sedang dijalankan.
“Sehubungan itu, jumlah individu yang pada awalnya dilaporkan hilang mula menunjukkan penurunan,” katanya.

Sekadar gambar hiasan

Selain itu, paras banjir di beberapa kawasan terjejas dilaporkan semakin surut, dan beberapa daerah telah memasuki fasa pemulihan awal.

Bagaimanapun, beberapa kawasan pedalaman, khususnya di Aceh Tamiang, Sumatera Barat dan wilayah Tapanuli, masih berdepan kekangan akses, bekalan keperluan asas serta pemulihan perkhidmatan utama,” katanya.

Artikel lain: Tanah Runtuh Sumatera Barat: Wisma Putra Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terkesan supaya berwaspada, peka terhadap perkembangan cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.

Kementerian turut menggesa rakyat Malaysia mendaftar dengan pejabat perwakilan Malaysia terdekat dan memastikan komunikasi berterusan dengan ahli keluarga.
“Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau keluarga yang gagal menghubungi saudara-mara di kawasan terjejas digalakkan segera menghubungi Konsulat Jeneral di Medan menerusi talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi 24 jam atau emel di [email protected],” katanya.

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd