Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

‘Nyah’ Dendam, PN Gesa Anwar Tak Potong Elaun Ahli Parlimen

Perikatan Nasional (PN) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengurangkan peruntukan untuk ahli parlimen seperti mana dimaklumkan semalam.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan berkata Anwar yang juga menteri kewangan Malaysia seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya membalas dendam kepada pihak pembangkang setelah menerima mandat sah.

“PN mengharapkan kerajaan persekutuan khususnya perdana menteri yang juga menteri kewangan Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat dan mengurangkan unsur-unsur seumpama deraan dan balas dendam kepada pihak pembangkang..
“…yang telah menerima mandat yang sah dari rakyat melalui saluran demokrasi pilihan raya dan memenuhi lunas-lunas undang-undang,”katanya dalam satu kenyataan.

Elaun Ahli Parlimen bagi manfaat kepada rakyat juga

Takiyuddin berkata, elaun yang diterima oleh ahli parlimen sebenarnya turut memberi manfaat buat rakyat dan bukannya kepentingan diri sendiri semata-mata.

Oleh itu, PN merasakan pengurangan peruntukan itu adalah tidak munasabah dan berharap agar ia tidak berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“..peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui ahli parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat tidak sepatutnya diganggu meskipun dikurangkan,”ujarnya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan terdapat pengurangkan elaun pembangunan untuk ahli parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Difahamkan, pengurangan elaun tersebut adalah bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Sosial

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd