Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana wakaf liang lahad.
Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook.
“Insya-ALLAH, pasukan UKVJ dan Persatuan Van Jenazah Gua Musang (VJGM) akan menguruskan sepenuhnya jenazah lima mangsa kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di Raub, Pahang.
“Jenazah akan diuruskan selepas proses bedah siasat oleh pihak forensik selesai. Semoga urusan pasukan yang diberi amanah dipermudahkan,” kongsinya.
NGO Guna Dana Wakaf Liang Lahad
Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan kelima-lima mangsa, iaitu Mohd Alawi Muhammad, 56; isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.
“Kos liang lahad bagi semua jenazah akan ditanggung oleh UKVJ menggunakan dana wakaf liang lahad yang telah diamanahkan,” tambah beliau.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.40 pagi melalui panggilan anggota Pondok Polis Pamah Kulat.
Artikel lain: Identiti Lima Mangsa Kebakaran Dikenal Pasti, Dua Lagi Terselamat Kerana Tinggal Di Asrama
Beliau memaklumkan dua lagi anak mangsa terselamat kerana ketika kejadian berlaku, mereka tiada di rumah.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.











































