Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nampak Perut Buncit, Netizen Dakwa BCL Kini Hamil

Nama penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kembali menjadi bualan ramai apabila tular video menampakkan perutnya agak buncit.

Perubahan tubuh badannya itu menjadi topik perbualan memandangkan balu kepada pelakon Ashraf Sinclair memadangkan dia seorang yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik.

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, lain pula pada kali ini jika dilihat dalam video tular di mana penampilan BCL yang mengenakan baju Tshirt putih dipadankan dengan seluar ‘legging’ mencetuskan spekulasi ramai.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert yang berlangsung di Medan, Sumatera.

@suaradotcom

Diduga Hamil, Perut BCL Jadi Perhatian Warganet hingga Seret Nama Ariel Noah #BCL #ArielNoah #Entertainment

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ suara asli – Suaradotcom – Suaradotcom

Hamil anak Ariel NOAH ke?

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai sehingga timbul spekulasi di mana netizen mengatakan janin dalan perut BCL itu sebenarnya anak kepada penyanyi, Ariel NOAH memandangkan mereka berdua sangat rapat.

Tidak kurang juga berharap mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga sekiranya benar BCL hamil anak kepada Ariel.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada BCL yang pernah berduet bersama Ariel bagi menyanyikan semula lagu berjudul Menghapus Jejakmu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, BCL berkahwin dengan Ashraf pada  8 November 2008 dan dikurniakan  seorang anak lelaki. Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020.

Sumber: TikTok @suaradotcom

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd