Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Nak Kena Buat Apa? Suami Mati Akal, Isteri Minta Kahwini Rakan Baik

Seorang lelaki Singapura meluahkan rasa buntu dan mati akal apabila isteri memintanya berkahwin dengan rakan baik wanita terbabit.

Menerusi hantaran si suami di laman Facebook SGWhispers, lelaki berkenaan meminta nasihat daripada orang ramai mengenai situasi yang dialaminya itu.

“Sekadar meminta pendapat dan nasihat di sini mengenai keadaan saya. Isteri saya mahu berkahwin dengan kawan baiknya sendiri,”tulisnya.

Dah ada 2 orang anak, tapi isteri suruh kahwin dengan rakan baik yang sudah bercerai

Difahamkan, pasangan terbabit dikurnikan dua orang cahaya mata, tetapi isterinya tetap meminta untuk berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah bercerai.

Malah, wanita berkenaan juga dikatakan sudah mempunyai dua orang anak juga bersama bekas suami.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya bahagia berkahwin dengan isteri selama 5 tahun. Kami ada dua orang anak bersama. Seperti wanita lain, dia juga tidak suka suami berkahwin lain. Saya juga tak pernah terlintas mahu berpoligami.
“Beberapa bulan lalu, rakannya baru sahaja bercerai dengan bekas suami. Wanita berkenaan juga mempunyai dua orang anak yang perlu dijaga tanpa kewujudan bapa,”tulisnya.

Ujar isterinya lagi, jika suaminya bersetuju untuk berkahwin, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Malah, anak-anak rakannya itu boleh menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Dah tahu jawapan, ditanya lagi…

Luahan lelaki berkenaan secara tidak langsung mendapat perhatian netizen sehingga ada yang menasihatinya untuk mengikut kata hati. Malah, mereka juga mengatakan lelaki berkenaan boleh membantu rakan isterinya tanpa perlu mengahwininya.

Sumber: Facebook SGWhispers

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd