Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Nak Awet Muda Perlu Jalin Hubungan Intim 2 Kali Seminggu”- Anil Kapoor

Baru-baru ini, aktor kacak Bollywood, Anil Kapoor diminta oleh pengacara Karan Johor untuk menyenaraikan tiga perkara yang membuatkan dirinya berasa lebih muda dalam sedutan segmen rancangan sembang selebriti ‘Koffee with Karan’.

Apa yang mengejutkan, pelakon filem Jug Jugg Jeeyo itu menjawab, “seks, seks, seks,” yang telah menyebabkan rakan selebriti lain iaitu Varun Dhawan dan Karan Johar terhibur dengan jawapan yang diberikan olehnya.

View this post on Instagram

A post shared by Karan Johar (@karanjohar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Anil dengan pantasnya menafikan dan berkata, “ini semua skrip” dan ia hanyalah sekadar gurauan semata. Tidak mempercayai kata-kata aktor berusia 66 tahun itu, mereka kemudiannya menghubungi pakar bagi mengetahui kesahihan antara hubungan ‘intim’ seseorang dalam kehidupan seharian dan penuaan.

Difahamkan, ia adalah benar di mana beberapa kajian yang dibuat termasuk dalam sebuah buku berjudul ‘RealAge- Are You as Young as You Can Be? oleh Micheal Roizen itu menyebut bahawa ia mempunyai perkaitan dengan kesan antipenuaan ‘seks’.

“Berhubungan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh menjadikan usia sebenar anda 1.6 tahun lebih muda jika anda melakukan ia hanya sekali seminggu.”ujarnya.

Jelasnya lagi, kekerapan melakukan hubungan seksual (untuk lelaki) dan keseronokan bagi wanita dapat membuatkan umur seseorang itu bertambah panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia juga menyatakan bahan utama untuk kekal aktif dan kelihatan lebih muda adalah kehidpan seks yang baik dan dapat membantu seseorang kelihatan lebih muda dalam tempoh empat hingga tujuh tahun. Di samping itu, tips awet muda seseorang juga amat berkait rapat dengan tidur mencukupi, kepuasan dan tahap tekanan yang rendah dalam kehidupan harian.

Tidak lama kemudian, mereka mengubah topik perbincangan dengan membicarakan hal peribadi pelakon tersebut. Ia berikutan Anil atau nama sebenarnya Anil Surinder Kapoor baru sahaja bergelar datuk apabila anak perempuannya yang juga seorang pelakon, Sonam Kapoor dan menantu lelaki, Anand Ahuja menimang cahaya mata bayi lelaki.

Sumber: Indian Express

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Dunia menerima satu perkhabaran gembira setelah kardinal Robert Prevost dari Amerika Syarikat (AS) dipilih menjadi Pope ke-267 iaitu pemimpin tertinggi Gereja Katolik Rom. Robert...

Sukan

Tular di TikTok baru-baru ini beberapa rakaman menyayat hati memaparkan seorang lelaki dipercayai bekas penjaga gol hoki kebangsaan bawah 16 tahun, Mohamad Asmawi Zaidi,...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat elektronik gergasi dari Jepun, Panasonic rancang buang seramai 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan keuntungan dan menstruktur semula operasinya, lapor AFP....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd