Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Najib Diperintah Bayar AS$1.3 Bilion! Bertanggungjawab Atas Kerugian SRC

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertanggungjawab terhadap kerugian berjumlah AS$1.18 bilion yang dialami SRC International Sdn. Bhd., selepas didapati melakukan salah laku dalam jawatan awam.

Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu selepas membenarkan saman sivil difailkan oleh SRC International, sekali gus mengarahkan Najib membayar semula kerugian berkenaan yang berpunca daripada dana pelaburan syarikat tersebut.

Mahkamah memerintahkan Najib membayar AS$1.3 bilion kepada syarikat itu kerana menyalahgunakan kedudukannya dan bertindak dengan niat tidak baik dengan menyeleweng AS$120 juta ke dalam akaun bank peribadinya.

Jumlah itu merangkumi AS$1.18 bilion kerugian dan AS$120 juta sebagai ganti rugi yang ditetapkan, manakala kos akan ditentukan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Najib Razak Khianati Kepercayaan Awam, SRC International Mahu RM42 Juta Dikembalikan

Najib dibenarkan menangguhkan pelaksanaan sementara dengan memfailkan permohonan rasmi untuk menangguhkan pelaksanaan sementara menunggu rayuan dalam tempoh 14 hari.

SRC International sebelum ini memohon perisytiharan mahkamah bahawa bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab untuk memperakaunkan serta membayar semula kerugian berjumlah AS$1.18 bilion yang timbul daripada dana pelaburan syarikat.

“Keputusan mahkamah ini jelas menunjukkan bahawa tiada sesiapa yang terlepas daripada tanggungjawab terhadap salah laku dalam jawatan awam,” kata peguam SRC International selepas keputusan dibacakan.

Sumber: Utusan Online 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd