Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Waran Tangkap Dikeluarkan, Pemilik Syarikat Lori Gagal Hadir Ke Mahkamah

Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan tragis melibatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), selepas gagal hadir untuk prosiding pendakwaan.

29 Julai tarikh sebutan semula waran tangkap

Menurut laporan Buletin TV3, mahkamah turut menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula waran tangkap.

waran tangkap

Foto: Buletin TV3

Insiden yang berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira jam 8.54 pagi itu menyaksikan sembilan anggota FRU terkorban, manakala sembilan lagi mengalami kecederaan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis tipper yang dipandu dari arah bertentangan memasuki laluan pasukan FRU dan bertembung dengan trak yang mereka naiki.

Artikel lain: Nahas FRU: GPS Gagal Fungsi Punca Kemalangan Lori Batu Dan Trak FRU

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu pada 13 Jun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa pemilik syarikat lori terbabit akan diheret ke muka pengadilan susulan insiden tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa keluarga mangsa mempunyai hak untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut pampasan yang sewajarnya daripada pihak syarikat.

waran tangkap

Foto: Kosmo!

Kemalangan yang menyayat hati ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, sekali gus menimbulkan gesaan agar tindakan lebih tegas diambil terhadap pemilik kenderaan berat yang cuai demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber: Buletin TV3 (Zulfakhri Shamsul Ariffin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd