Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Saya Beritahu Anak Doktor Sedang Jaga Papa – Isteri Mangsa

Suasana penuh emosi menyelubungi keluarga Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, yang kini terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas menjadi salah seorang mangsa nahas kemalangan melibatkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori sarat muatan batu di Teluk Intan, pada Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, Syed Isfan, 32, merupakan antara sembilan anggota FRU yang cedera yang turut meragut nyawa sembilan rakan setugasnya dan kini, dia dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas dipindahkan dari Hospital Teluk Intan.

Foto: Harian Metro

Bagi isterinya, Rasidah Suhada Zulkifli, 32, tiada lain yang diharapkan selain berdoa agar suaminya kembali sedar dan pulang ke pangkuan keluarga suatu hari nanti.

“Alhamdulillah, keadaan suami menunjukkan perkembangan positif. Semuanya stabil, cuma sekarang dia masih demam, mungkin disebabkan kesan pembedahan.
“Doktor maklumkan kemungkinan dia akan sedar tidak lama lagi, tetapi buat masa ini mereka biarkan dia berehat sepenuhnya,” katanya.

Menurut Rasidah, suaminya mengalami kecederaan serius termasuk pundi kencing bocor, jangkitan bakteria serta tulang pinggul dan tulang rusuk yang patah. Malah, dua lagi pembedahan dijadualkan dalam masa terdekat.

Bercerita mengenai hari terakhir suaminya keluar bertugas, Rasidah tidak dapat melupakan gerak-geri suaminya yang luar biasa ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia peluk dan cium kami berkali-kali, lambai lama sangat padahal cuma keluar tugas sehari, tapi macam ada firasat lain,” luahnya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak kecil iaitu Syed Habib Rahman, 7; Sharifah Afeeya, 5; dan Sharifah Aylaa, 2 tahun. Rasidah mengakui sukar untuk menjelaskan situasi sebenar kepada anak-anak yang masih kecil dan tidak memahami keadaan.

“Mereka tengok berita di TV, jadi saya terpaksa jelaskan perlahan-lahan. Saya cuma kata papa cedera sikit, tak sanggup nak cerita semua. Saya cuma cakap doktor tengah jaga papa, nanti dia balik, kita jaga dia sama-sama.” ujarnya.

Foto: Kosmo!

Rasidah kini berulang-alik ke hospital dari kuarters FRU Unit 5 Sungai Senam, dan anak-anak dijaga oleh adik-beradiknya, manakala anak bongsu yang masih menyusu turut dibawa ke hospital sekali-sekala.

“Yang paling kecil tu biasanya takut orang, tapi kali ni bila saya tinggal dia dengan orang lain, dia tak menangis. Bila nampak kereta datang, terus sebut ‘Papa, Papa’. Memang dia rindu sangat,” tambahnya.

Untuk mengurangkan kesedihan anak-anak, Rasidah selalu tunjukkan gambar bapa mereka agar mereka sentiasa rasa dekat.

Tragedi menyayat hati itu berlaku pada jam 8:50 pagi Selasa lalu apabila trak FRU yang membawa 18 anggota bertembung dengan sebuah lori muatan batu dalam perjalanan pulang dari tugas sempena sambutan Chitrapournami.

Lapan anggota maut di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia semasa dirawat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arif)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd