Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saya Tanggung 3 Anak Dengan Jual Makanan – Bekas Isteri SM Faisal

Bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bahawa dia terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.

3 anak masih bersekolah

Memetik laporan dari Bernama, Emilia memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

“Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.

Menumpang rumah ibu bapa

Ujar wanita berusia 43 tahun itu lagi,pekerjaan sambilan tersebut dibuat untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya tidak mencukupi.

Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya,” katanya.

Keterangan tersebut dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk memanggil dia memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam iaitu adik perempuan Emilia, Elisa Nani, disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.

Untuk rekod, SM Faisal, 43 didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan majistret Nadia Othman bersambung 28 Feb ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd