Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Myvi Terbabas Masuk Tasik, Lelaki Gadai Nyawa Terjun Selamatkan Tiga Mangsa

Layak digelar hero! Itu tindakan seorang lelaki yang sanggup menggadai nyawa bagi menyelamatkan tiga individu selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat tengah hari tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Suzaini Mohd Sadali berkata, dia bertindak demikian selepas terdengar jeritan lelaki meminta pertolongan apatah lagi terkapai-kapai di bekas lombong bauksit tersebut.

Tanpa berfikir panjang, ‘hero’ berusia 43 tahun itu segera terjun untuk menyelamatkan mangsa-mangsa selain turut dibantu oleh dua lelaki lain yang menghulurkan pertolongan di lokasi kejadian.

“Ketika itu saya sedang memandu kereta melalui kawasan berkenaan dan ternampak kereta itu terbabas ke dalam tasik.
“Saya terus memberhentikan kenderaan dan melihat dua mangsa perempuan di sebelah tempat pemandu dan penumpang belakang sedang berpaut pada kereta serta menangis.
“Pemandu kereta pula sudah terkapai-kapai dan apabila dia melihat saya, dia menjerit meminta tolong, membuatkan saya terus terjun tanpa fikir apa-apa.
“Saya berjaya memaut lelaki itu dan membawanya berenang ke tepi tasik dan dua lelaki lain turut membantu mencapai kayu bagi menarik dua wanita berkenaan ke tepi,” katanya.

Suzaini berkata, dia bersyukur kesemua mangsa berjaya diselamatkan serta menyifatkan ia pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah, semua berjaya kami selamatkan dan memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, tasik ini memang dalam,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan berani Suzaini yang dikenali sebagai Ijai tular di media sosial sehingga meraih pujian ramai kerana berusaha menyelamatkan nyawa tiga mangsa terbabit.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat) , Facebook Otai JOHOR

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe...

Lokal

“Dia kawan daddy.” Itulah alasan yang terpacul dari mulut seorang lelaki selepas didakwa kantoi dengan isterinya ketika sedang menemani seorang wanita di sebuah klinik....

Lokal

Pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir, yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu. Jasad pengarah...

Lokal

Jalan Pantai Batu Rakit di laluan T145 berhampiran Kampung Tanjung yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap Oktober depan, dilaporkan runtuh semula pada malam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd