Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Sembilan Individu Diambil Keterangan

Polis Negeri Sembilan sudah merekodkan keterangan sembilan individu setakat ini berhubung insiden seorang murid terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Seremban pada Sabtu.

Murid terjatuh dalam lubang kumbahan meninggal dunia

 murid terjatuh

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mereka yang dipanggil termasuk pengadu, guru serta beberapa pelajar sekolah berkenaan.

Artikel lain: Seperti Angkat Sekeping Kertas, Lelaki Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun Tiga

“Empat lagi pihak akan dipanggil hari ini, membabitkan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

murid terjatuh

Foto: Sinar Harian

Semakan polis turut mendapati tiada rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Pada Sabtu lalu, Abdul Fatah Khairol Rizal, 9, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembentung di kawasan sekolahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasa kes tersebut secara terperinci.

murid terjatuh

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat bagi memastikan tragedi sebegini tidak berulang pada masa akan datang.

Sumber: Bernama

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Lokal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius berhubung dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program yang dikenali sebagai “Interfaith Water Ceremony” yang menjadi perbualan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd