Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Mula Bekerja Seawal Usia 14 Tahun, Kendall Jenner Akui Tak Bahagia Jadi Model

Model terkenal, Kendall Jenner mendedahkan dia tidak bahagia semenjak berkecimpung dalam dunia peragaan memandangkan dia kekangan masa bersama keluarga dan rakan sebaya.

Menerusi temu bual bersama podcast On Purpose, Jenner meluahkan rasa penatnya apabila mula melibatkan diri dalam dunia peragaan sejak seawal usia 14 tahun sehingga tidak dapat merasai kehidupannya seperti gadis yang lain.

“Saya mula bekerja pada usia 14 tahun dan merasai kepenatan pada umur 19 tahun. Sejak menjadi model pada usia remaja, saya sudah tidak punya masa untuk melakukan aktiviti harian seperti yang dilakukan oleh gadis seusia saya.
“Saya berasa sangat penat dan perlu melakukan sesuatu supaya saya dapat berehat,” katanya.

Bukan itu sahaja, ketika usianya 19 tahun, jadual sehariannya menjadi terlalu padat selepas menandatangani kontrak bersama dua jenama terkemuka iaitu Calvin Klein dan Chanel.

Hal itu menyebabkan kehidupannya menjadi terlalu sibuk sehingga ia tidak mempunyai ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan karibnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, model yang berusia 27 tahun itu turut memberitahu meskipun dia mempunyai segala-galanya termasuklah populariti serta kemewahan, dia tidak bahagia dengan kehidupannya itu.

“Saya berasa tidak bahagia dengan kerjaya sebagai model. Saya kehilangan banyak perkara termasuk waktu untuk bergembira bersama rakan sebaya,” jelasnya.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd