Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MITI Optimistik, Komited Percepatkan Pelaksanaan Pelaburan Dan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mempercepatkan pelaksanaan pelaburan dan perdagangan ke Malaysia.

MITI komited cepatkan pelaksanaan pelaburan & perdagangan

Menterinya, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memastikan pelaksanaan kesemua projek pelaburan dan perdagangan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Susulan itu, MITI menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Pelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) bagi melancarkan pelaksanaan projek-projek terbabit.

“Fungsi-fungsi utama JTPPP tersebut adalah seperti menyelesaikan isu serta cabaran yang dihadapi oleh pelabur dan pengeksport bagi mempercepatkan pelaksanaan komitmen pelaburan langsung asing dan domestik serta perdagangan antarabangsa,”ujarnya.

MITIArtikel lain: Malaysia- UAE Jalin Kerjasama, Jana Pelaburan RM40.6 Bilion – PM Anwar Ibrahim

Bukan itu sahaja, ia juga berperanan bagi memastikan kesemua projek pelaburan dan perdagangan strategik serta ikonik adalah selari dan bertepatan dengan dasar-dasar semasa yang berkaitan, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2023, Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, JTPPP berfungsi untuk membentangkan status terkini projek-projek pelaburan dan perdagangan yang telah diumumkan untuk pemantauan.

Tambahnya, jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk mengesyorkan cadangan mengenai langkah serta strategi yang bersesuaian dalam memudahcara perniagaan, mengurangkan karenah birokrasi dan melancarkan perjalanan pelabur bagi pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi secara pantas dan tuntas.

“JTPPP juga berfungsi untuk menyelaras dan memperukukuhkan kerjasama dengan semua Kementerian atau Agensi di peringkat Persekutuan dan negeri dalam menyelaras perkara-perkara berkaitan pelaburan dan perdagangan di Malaysia,”menurut kenyataan.

MITI

Antara lainnya, mesyuarat pertama JTPPP tersebut juga membincangkan kerja-kerja pelaksanaan seperti Projek Pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV) dan cadangan pembangunan Kerian Integrated Industrial Park (KIIP) bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia turut membincangkan status terkini pelaburan asing dan domestik yang masih ada dalam pelaksanaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JTPPP bertanggungjawab untuk melaporkan status pelaksanaan projek pelaburan dan perdagangan tersebut kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,”menurut kenyataan lagi.

 

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd