Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Misbun Sidek Sedia Terima Tawaran Persatuan Badminton Thailand

Datuk Misbun Sidek seakan memberi bayangan dimana sedia terima tawaran jika ada tawaran secara rasmi daripada Persatuan Badminton Thailand (BAT)

Menurut laporan Kosmo, tindakan Legenda badminton tanah air itu yang melatih tiga pemain muda Thailand yang datang berguru ke Nusa Mahsuri mendapat perhatian ramai malah, menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan kembali aktif dalam bidang tersebut.

Misbun Sidek sedia terima tawaran Persatuan Badminton Thailand

Artikel lain: ‘Dilamar’ Negara Luar, Misbun Sedia Lahirkan Pemain Nombor 1 Dunia Yang Keempat

Pun begitu, beliau menjelaskan mahu sedikit masa dan ruang untuk melihat secara terperinci mengenai tawaran yang diterimanya sebelum membuat sebarang keputusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sementara ini hanya (tempoh) percubaan kerana saya mahu tengok sama ada pemain Thailand yang dihantar ke sini (Nusa Mahsuri) boleh mencapai kejayaan ataupun tidak pada masa hadapan.
“BAT sudah berikan kepercayaan penuh kepada saya untuk lihat pemain-pemain berpotensi dalam usaha membantu meningkatkan prestasi mereka.
“Jika boleh, mungkin kerjasama ini akan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila tiga pemain remaja Thailand bangun seawal 4 pagi yang merupakan syarat bagi menjalani latihan bersama Misbun.

Tiga pemain remaja tersebut dihantar oleh BAT untuk berguru di Nuha Mahsuri sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia dan temasya Sukan Olimpik Remaja 2026 yang akan berlangsung di Dakar, Senegal.

Sumber: Kosmo (Muhammad Helmee Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd