Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Cadangan Perkenal Model Elaun Peserta PLKN 3.0 – MINDEF

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengesahkan tiada perancangan untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula pada 12 Januari 2025.

Menurut laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menegaskan bahawa perbincangan mengenai elaun tidak pernah dibuat, sebaliknya MINDEF hanya akan menanggung kos perjalanan peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

MINDEF

Foto: Kosmo! Digital

“Setakat ini, kita tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun, kita lebih banyak memperkenalkan model untuk menanggung semua keperluan peserta.

Artikel lain: PLKN 3.0: Tiada Elaun Harian, Kerajaan Hanya Tanggung Kos Perjalanan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa ni (elaun) kita tak ada putuskan lagi, yang diputuskan adalah untuk beri mereka tanggungan perjalanan,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu selepas majlis penyampaian bantuan zakat Pertubuhan Akademi Al Bayan di Bukit Senggeh.

Terdahulu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan menbentangkan laporan berkenaan PLKN 3.0, termasuk kenaikan kadar elaun peserta kepada RM50 sehari berbanding kadar semasa RM8 sehari yang dianggap terlalu rendah.

MINDEF

Foto hiasan

Menurut laporan itu, jawatankuasa berkenaan mengesyorkan supaya kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar elaun berikutan peningkatan kos sara hidup dan sebagai insentif bagi peserta untuk menyertai program berkenaan.

Program rintis tersebut akan bermula 12 Januari ini dengan fasa percubaan melibatkan 500 peserta di dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang, sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menjelang tahun 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fasa percubaan akan melibatkan 200 pelatih lelaki lepasan SPM untuk tempoh 45 hari di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit di Kuala Lumpur.

Sumber: Buletin TV3

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Lokal

Satu sindiket dadah di Lembah Klang yang menyamar sebagai pengusaha besi buruk, ladang ayam dan kebun kelapa sawit akhirnya tumpas selepas polis merampas 2,381...

Sosial

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd