Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Agama Puji Usaha TH Elak Orang Ramai Tertipu ‘Scam’ Pakej Haji

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memuji usaha Tabung Haji (TH) yang giat memberi peringatan secara suka rela kepada orang ramai berkenaan penipuan pakej haji.

Rasmikan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu berucap di Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim 1445H/2024M di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang hari ini.

Menteri Agama puji TH beri peringatan, tiap tahun ada saja penipuan dilaporkan

Dr. Mohd. Na’im berkata, beliau menyedari sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak berita berkaitan dengan penipuan pakej haji dan umrah dilaporkan oleh pihak media.

Pihak kerajaan terutamanya  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius akan isu ini dan bertekad untuk menangani kes penipuan membabitkan jemaah yang ingin menunaikan ibadat haji menerusi kerjasama erat dengan Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepertimana yang kita sedia maklum, penipuan ini telah mengakibatkan ramai bakal jemaah haji kehilangan wang simpanan mereka dan ada juga yang terkandas di lapangan terbang berhari-hari, tanpa dapat mengerjakan ibadat haji.
Perkara ini adalah satu kezaliman kepada orang ramai khususnya bakal Jemaah haji. Selain ia juga secara tidak langsung memberi gambaran yang buruk dan mencalarkan imej Malaysia di kacamata kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menteri Agama puji TH, usaha agar orang ramai tidak terpedaya

Susulan daripada itu, beliau amat memuji usaha yang dilakukan oleh pihak TG yang mengambil pelbagai pendekatan dalam memberi peringatan secara berkala supaya orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji yang meragukan  melalui platform media cetak, media elektronik dan juga media sosial.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang terpedaya dengan iklan-iklan pakej haji yang ditawarkan tersebut.

“Ingin saya mengingatkan masyarakat umum bahawa Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.
“Saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada Tabung Haji boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang Akta Tabung Haji 1995, Akta 535,”  ujarnya lagi.

Susulan itu, beliau menyeru agar semua bakal haji untuk memastikan pakej haji yang ingin diambil adalah salah satu daripada 25 buah syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH, termasuk bakal jemaah haji yang mendapat visa Furada dan Mujamalah agar memudahkan pemantauan dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd