Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Menghitung Mac, Giliran Nam Joo Hyuk Masuk Latihan Ketenteraan

Pelakon tersohor Korea Selatan, Nam Joo Hyuk akhirnya akan masuk ke latihan ketenteraan dan menunaikan perkhidmatannya sebagai pegawai polis tentera seperti mana dimaklumkan oleh agensi.

Menurut laporan Dispatch, pelakon drama Twenty-Five Twenty-One itu sudah pun lulus ujian saringan ketenteraan dan bakal menerima notis lapor diri tidak lama lagi.

“Nam Joo Hyuk lulus peperiksaan pasukan petugas tentera polis pada hari ini,”ujar agensi kepada Dispatch.

Agensi Nam Joo Hyuk iaitu Management SOOP berkata, artis di bawah naungan mereka sudah memohon untuk ditemu bual oleh pasukan bergerak Kor Polis Tentera pada 5 Januari lalu dan menerima notis penerimaan terakhir pada hari ini.

Agensinya juga berkata, Nam Joo Hyuk akan menjalani latihan ketenteraan latihan asas ketenteraan selama lima minggu terlebih dahulu di pusat latihan ketenteraan.

Seterusnya, bakal menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai polis tentera dan mendaftar secara rasmi pada 20 Mac ini. Bagaimanapun, skadronnya masih belum disahkan lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, aktor berusia 28 tahun itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran Vigilante untuk siri asal Disney+ pada bulan lepas dan telah mengambil masa peribadinya sebelum masuk ke dalam latihan ketenteraan.

Sumber: Dispatch

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd