Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mencuri Lagi! Pernah Tular Dimandi Macam ‘Jenazah’, Remaja Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Remaja lelaki yang pernah tular dimandikan seperti ‘jenazah‘ kerana cuba mencuri duit tabung surau pada Januari 2022 sekali lagi berdepan kesalahan sama oleh Mahkamah Majistret Selayang semalam.

Menurut laporan Kosmo!, remaja tersebut Daniel Iskandar diperintah dihantar ke sekolah Henry Gurney selepas didakwa mencuri lagi wang tabung sebuah surau pada Disember tahun lalu selain mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni berkata, tertuduh merupakan pesalah muda dan mahkamah merujuk kepada Seksyen 293(1)(d) Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak 2001 dimana tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 20 tahun itu didapati mencuri wang sebanyak RM74 daripada tabung milik surau Al Munir Batu 17 Kuang, Rawang pukul 12.44 tengah hari pada 5 Disember 2022.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan hukuman peruntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sewaktu perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal tetapi peguam Suhaida Mohd. Sobri yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan.

“Sebelum ditangkap tertuduh bekerja di bengkel kereta, dan dijaga oleh datuknya. Ibu bapa tertuduh telah bercerai selain tertuduh merupakan…
“…anak sulung daripada tiga beradik yang mana salah seorang adalah Orang Kelainan Upaya (OKU),” kata Suhaida dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Selangor.

Terdahulu menerusi kes pertama, remaja terbabit dihukum dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah, Kuang dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman yang dikenakan Mahkamah Majistret Selayang dengan digantikan kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd