Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bermula 1 Januari Ini! Buang Sampah, Meludah Tempat Awam Boleh Didenda RM2,000

Bermula 1 Januari ini, sesiapa sahaja yang membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota, bakal dikenakan tindakan kompaun sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.

Menurut laporan Bernama, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail, berkata sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), DBKL akan mempergiat penguatkuasaan menerusi operasi antipembuangan sampah dan operasi larangan meludah yang dijalankan secara berkala di seluruh Kuala Lumpur.

Ia khususnya di kawasan tumpuan pelancong, bagi mengekang sikap buruk warganegara dan pelancong yang sering membuang sampah kecil seperti puntung rokok dan botol minuman di tempat awam, selain meludah di kawasan pejalan kaki yang bukan sahaja mengotorkan tempat, tetapi turut mencemarkan imej negara.

Meludah tempat awam

Meludah tempat awam

“Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan.
“Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi bersama,” katanya semasa menjadi tetamu di rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, di sini hari ini.

Nor Halizam berkata DBKL turut mewujudkan empat kawasan bebas sampah melibatkan Jalan Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan kawasan komersial Brickfield, bagi memperkukuh imej bandar raya bersih dan teratur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

DBKL juga tidak berkompromi terhadap tahap kebersihan di premis makanan serta tandas awam, di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata mana-mana pemilik serta kontraktor akan dikenakan tindakan sekiranya didapati gagal mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan.

Artikel lain: Panggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’ Boleh Didenda Mulai Januari Depan

Meludah tempat awam

“Kita ada lebih kurang 7,450 premis makanan yang kita pantau setiap masa, untuk pastikan tidak berlakunya pencemaran makanan atau pembiakan haiwan vektor seperti tikus, lipas dan sebagainya.
“DBKL juga memandang serius terhadap kebersihan tandas awam dan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa atau sekiranya terdapat aduan,” katanya sambil menegaskan langkah itu penting bagi memastikan keselesaan pelancong dan rakyat tempatan yang berkunjung ke ibu negara.

Mengulas pelancaran “I LITE U”, beliau berkata acara itu akan diadakan 3 Januari tahun hadapan di Pavilion Kuala Lumpur, sebagai pembuka tirai TMM 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata program itu, diterajui DBKL dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Antara acara menarik yang kita akan bawakan ialah perarakan daripada 16 kontinjen, projek lampu atau pencahayaan bandar berkonsepkan inovasi dan teknologi, termasuk persembahan muzik dan kebudayaan Nusantara,” katanya.

Berikutan acara itu beberapa jalan sekitar ibu negara, akan terlibat dengan penutupan jalan iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Sultan, Jalan Pudu dan lalu lintas Sultan Ismail pada 1 Januari 2026, bagi latihan raptai penuh dan pada hari pelancaran bermula 6 petang hingga 12 malam.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan beramai-ramai datang ke sambutan pelancaran itu untuk memeriahkan lagi majlis.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd