Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

MB Kedah Mohon Dua Kes Hasut Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mohon untuk kes dihadapinya dipindah dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Memetik laporan Bernama, Muhammad Sanusi berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan Penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Foto: Utusan Borneo

Peguam yang mewakili Muhammad Sanusi iaitu Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata permohonan pemindahan itu difailkan pada 15 Januari dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditetapkan pada 24 Januari ini,” katanya.

Sementara itu, Awang Armadajaya juga berkata pihaknya melalui surat telah memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada 18 Januari di Mahkamah Sesyen Selayang.

Mahkamah melalui surat yang dihantar kepada pembelaan telah bersetuju untuk perbicaraan dilapangkan dan prosiding diganti dengan sebutan kes.

Artikel lain: Nilai Ringgit Dibuka Rendah, Semakin Merosot RM4.70 Sedolar AS

“Pihak kami mohon penangguhan perbicaraan kes pada 18 dan 19 Januari berikutan Menteri Besar perlu ke luar negara atas tugasan rasmi.
“Mahkamah melalui surat turut membenarkan permohonan pembelaan untuk mengecualikan kehadiran Menteri Besar pada sebutan kes 18 Januari ini,” ujarnya.

Selaku pemohon memfailkan permohonan pindah kes, Muhammad Sanusi beralasan perbicaraan yang berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah jenayah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MB Kedah mohon kes hasut dipindah ke Mahkamah Tinggi

Foto: Free Malaysia Today

Menerusi notis usul itu, beliau turut berkata sekiranya perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi, ia akan memudahkan pihak-pihak merujuk kepada isu undang-undang yang rumit yang akan dikemukakan semasa perbicaraan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam 11 Julai 2023.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd